RUMAH mampu milik sesuai untukmereka yang bergaji kecil.
RUMAH mampu milik sesuai untukmereka yang bergaji kecil.
Nor 'Asyikin Mat Hayin

Setiap orang mempunyai impian untuk memiliki rumah pertama pada usia muda, namun sering dihalang tahap pendapatan.

Faktor gaji yang rendah juga menyebabkan impian memiliki rumah sendiri tergendala dan mengambil tempoh lama.

Situasi ini membuatkan golongan berpendapatan rendah mengambil pendekatan menunggu selama beberapa tahun hingga mempunyai kelayakan untuk permohonan pembiayaan perumahan.

Beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada mereka bergaji rendah untuk membeli rumah dikongsi

1. Mengetahui jumlah pinjaman layak

• Penting mengetahui bahawa ansuran bulanan perumahan tidak boleh lebih daripada satu pertiga gaji kasar.

• Cara pengiraan pinjaman maksimum:

• Gaji kasar x 30/100

• Jika gaji RM2500 sebulan, maka ansuran bulanan tidak lebih boleh daripada RM750.

2. Rumah mampu dibeli

• Perlu membuat pilihan jenis rumah yang tepat.

• Ia juga perlu bersesuaian dengan gaji pemohon bagi mengelakkan permohonan pembiayaan pinjaman ditolak bank.

• Cadangan jenis rumah adalah seperti flat atau pangsapuri kos rendah atau sederhana untuk keselesaan bayaran bulanan

3. Semak jika mempunyai sejarah kredit yang baik

• Ia penting kerana bank akan menggunakan rekod ini untuk mengira sama ada pemohon layak atau sebaliknya

• Lazimnya kelayakan ialah jumlah komitmen dengan bank tidak melebihi 60 peratus sekiranya bergaji RM3,000 ke bawah.

• Semakan boleh dilakukan dalam Sistem Maklumat Rujukan Semakan Kredit (CCRIS) atau rekod CTOS Data Systems Sdn Bhd.

4. Kos lain yang terbabit

Ada banyak kos perlu difikirkan ketika dalam peringkat awal hendak membeli rumah.

a. Yuran tempahan

• Yuran ini dikenakan apabila berminat membeli sesebuah rumah.

• Kadar yuran dikenakan lazimnya antara dua hingga tiga peratus daripada jumlah pinjaman.

b. Bayaran pendahuluan

• Kadar perlu dibayar ialah 10 peratus daripada jumlah pinjaman ketika menandatangani surat perjanjian jual beli (SPA).

c. Memorandum pemindahan (MoT)

• Caj dikenakan seperti berikut:

• Satu peratus bagi RM100,000 yang pertama

• Dua peratus bagi RM400,000 yang seterusnya

• Tiga peratus bagi jumlah yang tinggal

d. Yuran guaman buat SPA

• Satu peratus bagi RM150 ribu yang pertama

• Tujuh peratus bagi jumlah yang tinggal (bagi rumah di bawah RM1 juta).

5. Antara skim rumah mampu milik yang boleh dipohon

• Skim rumah PR1MA

• Rumah Mampu Milik Johor

• Skim Lembaga Perumahan Melaka

• Projek Perumahan Rakyat Negeri Sembilan

• Rumah Selangorku

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 January 2024 @ 6:30 AM