HUSKY 150 gaya skuter kembara.
HUSKY 150 gaya skuter kembara.
Lizam Ridzuan


PASARAN skuter kini semakin meriah dengan pengenalan dua model terbaharu iaitu Maxsym TL508 dan Husky 150 yang dilancarkan oleh SYM Malaysia untuk pasaran tempatan baru-baru ini.

Maxsym TL508 ialah skuter maxi yang dijana dengan enjin 508cc berbanding 465cc yang diperkenalkan pada 2020 menerusi model TL500.

Kali ini ia hadir dengan ciri lebih sporty dan agresif dengan tiga pilihan warna iaitu Biru Indigo, Kelabu Storm dan Hitam Jet yang ditawarkan pada harga RM46,888.

Ia akan berada di dalam pasaran tempatan pada Mei hadapan dan adalah unit pemasangan tempatan (CKD).

Ciri lain yang terdapat pada jentera automatik ini ialah dengan enjin dwisilinder selari, 8 injap yang menghemburkan kuasa sehingga 44.9 kuasa kuda (hp) pada 6,750rpm dan 49.9Nm pada 5,250rpm.

Ia juga dengan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) yangmengawal lebih baik roda belakang ketika jalan licin dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran untuk keyakinan lebih baik ketika membrek.

Tambah menarik Maxsym TL508 juga dengan lampu utama LED, paparan panel meter TFT, fork hadapan teleskopik dan tangki bahan api 12.5 liter untuk jarak perjalanan lebih jauh.

Sebuah lagi model iaitu SYM Husky 150 dengan ciri skuter pengembaraan ditawarkan dengan dua varian iaitu Standard dan Special Edition yang dibezakan dengan warna.

RUANG storan 22 liter Husky 150.
RUANG storan 22 liter Husky 150.

Untuk Standard ia ditawarkan dengan warna Hitam Ebony dan Putih Pure dan Special Edition dengan warna Hijau Matte dan kelabu Wolf dan kedua varian ini dijual pada harga RM9,998 dan RM10,298.

Reka bentuk agresif sesuai sebagai skuter harian atau hujung minggu dengan ciri terkini seperti enjin 150cc, silinder tunggal, 4 injap yang menjana kuasa 14.4hp pada 8,000 rpm dan tork 14.5Nm pada 6,000rpm.

Meskipun 150cc namun ia didatangkan dengan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran untuk membrek dengan lebih baik.

METER TFT Maxsym TL508.
METER TFT Maxsym TL508.

Ciri lain dengan penyerap hentakan tunggal pada suspensi belakang, panel meter digital bersaiz 5 inci dengan mod siang atau malam, penghidup enjin tanpa kunci dan bahan api besar 15 liter dan ruang storan bawah tempat duduk 22 liter.

Sistem pencahayaan daripada LED untuk bahagian hadapan dan belakang untuk lebih mudah dilihat pada cuaca gelap selain faktor keselamatan utama.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 April 2024 @ 7:00 AM