KETERHUBUNGAN telefon pintar.
KETERHUBUNGAN telefon pintar.
Lizam Ridzuan


Ia mula diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada 2018 dan sejak itu model ini mengubah rentak pasaran skuter maxi saiz pertengahan dengan menjadi pilihan utama pembeli di negara ini selain membantu peningkatan jualan segmen automatik sehingga 266 peratus.

Menawarkan rekaan sporty dan ranggi, ia diteruskan dengan pengenalan Yamaha XMax Serba Baharu 2023 (V2) menerusi pelancarannya baru-baru ini.

Masih mengekalkan casis dan enjin sama namun diberi sentuhan rekaan baharu di hadapan dengan elemen X pada lampu utama dan lampu nyalaan siang (DRL) daripada LED.

Lampu belakang dengan LED direka semula dan akan menyala dengan bentuk X.

Selain itu, kedudukan lampu membelok hadapan dinaikkan untuk lebih mudah dilihat dari jauh yang terletak pada sebelah pelindung angin juga dengan rekaan baharu.

Perubahan paling ketara XMax Serba Baharu ini ialah kluster meter TFT bersaiz 4.2 inci boleh dihubungkan dengan aplikasi Y-Connect dan Garmin StreetCross untuk maklumat dan perincian perjalanan lebih baik.

Ia boleh digunakan hanya dengan memuat turun aplikasi secara percuma untuk kekal berhubung di atas motosikal selain paparan maklumat seperti navigasi, notifikasi servis dan data penggunaan bahan api.

Skuter ini kekal dengan enjin 250cc silinder tunggal sejukan cecair empat lejang SOHC dengan penarafan Euro 4 menjana 22.5 kuasa Kuasa (HP) pada 7,000rpm dan tork: 24.3Nm pada 5,500rpm dengan transmisi CVT.

Ciri lain pelana baharu lebih selesa dengan permukaan tidak licin, ruang storan bawah tempat duduk, brek hadapan dan belakang cakera dengan Sistem Brek Anti-Kunc

i (ABS) dwi-saluran, fork hadapan teleskopik dan belakang lengan ayun serta tayar 120/70 -15 hadapan dan 140/70-14 belakang.

Skuter ini datang dengan tangki bahan api 13 liter, berat keseluruhan 181 kilogram (kg) serta dimensi 2,180 mm (panjang), 795mm (lebar), 1,460mm (tinggi) dan ketinggian pelana 795 mm.

Yamaha XMax Serba Baharu dengan dua pilihan warna iaitu Perak Max dan Biru Icon dengan harga jualan RM23,998 (atas jalan tanpa insurans).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Ogos 2023 @ 7:00 AM