LAMPU belakang dan isyarat rekaan baharu.
LAMPU belakang dan isyarat rekaan baharu.
VARIAN Full Throttle paling elegan dan sporty.
VARIAN Full Throttle paling elegan dan sporty.
Lizam Ridzuan


MOTOSIKAL gaya lasak urban Ducati Scrambler Serba Baharu dilancarkan untuk pasaran Malaysia baru-baru ini dengan menawarkan tiga varian iaitu Full Throttle, Nightshift dan Icon.

Ia jentera dengan konsep gaya hidup sesuai buat mereka yang gemarkan gaya tunggangan santai namun dengan jentera prestasi kini tampil dengan beberapa pembaharuan.

Untuk varian Icon ia asas kepada model Scrambler Ducati yang lain dengan pemegang lebih rendah, warna pada tangki boleh diganti termasuk pada fender dan tag rim serta penutup lampu hadapan.

Nightshift varian paling elegan dengan kemasan klasik dan pelana ala Cafe Race, pemegang lebih lurus dan cermin sisi gaya 'bar -end-mirror' dan rim posisi menunggang lebih sporty.

Untuk varian Full Throttle varian paling sporty dan agresif dengan inspirasi kejuaraan flat track di Amerika Syarikat dengan angka 62 pada sisi sebagai meraikan model pertama Scrambler dilahirkan.

Ia juga dipadankan dengan ekzos Termignoni, lampu isyarat LED Ducati Performance dan fender depan lebih pendek

Menerusi enjin dwi silinder berkembar Desmodue sejukan udara, kerangka trelis dan pemegang lebar antara ciri dikekalkan namun diberi sentuhan penambahbaikan dengan pakej elektronik berteknologi tinggi.

NIGHSHIFT ala cafe racer.
NIGHSHIFT ala cafe racer.

Lampu utama dan lampu nyalaan siang (DRL) dengan pencahayaan bentuk X adalah ciri ikonik model ini selain lampu belakang rekaan baharu namun mengekalkan elemen klasik serta lampu isyarat LED menyerlahkan penglihatan motosikal ini dari arah belakang.

Rekaan tangki 13.5 liter bentuk 'air mata' juga direka semula dengan penutup aluminium selain meter TFT 4.3 inci dengan sistem HMI bersepadu serta serta casis yang lebih ringan 4 kilogram (kg) daripada generasi terdahulu.

Ia juga dengan lengan ayun serba baharu dengan monoshock pada bahagian tengah jentera dan kerangka belakang dipisahkan dengan utama.

Ciri terkini lain dengan sudut pengendalian dipertingkatkan bagi kawalan lebih mudah dalam kesesakan jalan raya serta rim hadapan 18 inci dan belakang 17 inci rekaan baharu 14 bilah dan lidi utnuk Nightshift dan semuanya dengan tayar Pirelli MT60 RS.

ICON model asas kepada Scrambler.
ICON model asas kepada Scrambler.

Untuk aspek teknikal enjin kini dengan 2.5 kg lebih ringan, tarikan klac lebih ringan dan kompak untuk penutup klac lebih kecil untuk ruang kaki penunggang yang lebih baik serta pertukaran gear lebih tepat menerusi penggunaan 'bearing-mounted shift drum'.

Ia juga dengan sistem Ride-by-Wire untuk respon enjin lebih baik pada bukaan pendikit dan Scrambler Serba Baharu dilengkapi Kawalan Cengkaman Ducati dan dua mod tunggangan Sport dan Road dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Selekoh sebagai ciri standard.

Ia juga dengan angkup Brembo 4 piston dan brek cakera 330 milimeter (mm) hadapan dan 245 mm dann angkup 1 piston pada bahagian belakang.

Untuk tunggangan lebih prestasi ia juga dengan Ducati Quick Shift atas dan bawah sebagai ciri standard varian Full Throttle dan bleh ditambah pada Icon dan Nighshift sebagai opsyen selain Sistem Multimedia Ducati untuk keterhubungan telefon pintar.

PANEL meter TFT.
PANEL meter TFT.

Enjin 803cc L-Twin sejukan udara didatangkan dengan kawalan cengkaman 4 peringkat dan ia menjana 73 kuasa kuda (hp) pada 8,250rpm dan 65.2Nm pada 7,000rpm dengan transmisi klac 6- kelajuan yang diambil daripada model Monster.

Untuk pasaran Malaysia, Ducati Scrambler dijual pada harga RM62,900 (Icon) dan RM69,900 (Nighshift dan Full Throttle).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Ogos 2023 @ 6:20 AM