GAYA moden klasik urban.
GAYA moden klasik urban.
Lizam Ridzuan


PEMINAT motosikal Ducati Scrambler kini boleh memilih untuk mendapatkan Ducati Scrambler Nightshift Baharu yang diperkenalkan pada tahun ini.

Ia mengetengahkan konsep gaya jentera 'Cafe Racer' dengan pilihan warna 'Aviator Grey' yang digabungkan dengan kerangka keluli Trellis dan rim jejari.

Ciri lain ialah pelananya lebih rata dan selesa untuk penunggang dan pembonceng. Ia juga datang dengan lampu LED premium, tayar Pirelli MT60 dan nombor pendaftaran sisi tampil eksklusif.

Palang pemegang pula lebar manakala cermin pandang belakangnya hampir kelihatan seperti model 1100 Sport Pro dan Cafe Racer.

Ia ditawarkan dengan enjin 803cc L-berkembar dengan dua silinder yang mampu menjana 73 kuasa kuda (hp) dan tork 66.2Nm.

PEMEGANG lebar ciri 1100 Sport Pro dan Cafe Racer.
PEMEGANG lebar ciri 1100 Sport Pro dan Cafe Racer.

Ketua Ducati Malaysia Dennis Michael berkata, walaupun berdepan tempoh mencabar, jenama ini masih mengekalkan momentum jualan selain aktiviti perkhidmatan selepas jualan termasuk penjualan barangan, aksesori dan pakaian gaya hidup.

"Pengenalan model ini juga dilakukan secara maya. Pemasarannya pula secara digital. Model untuk 'batch' pertama sudah ditempah sepenuhnya," katanya.

Untuk pasaran Malaysia, Ducati Scrambler Nightshift Baharu ditawarkan pada harga RM65,900 (atas jalan tanpa insurans).

NOMBOR pendaftaran sisi.
NOMBOR pendaftaran sisi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Ogos 2021 @ 6:20 AM