BENTLEY perkenal model Flying Spur Hybrid ke Malaysia.
BENTLEY perkenal model Flying Spur Hybrid ke Malaysia.
Lizam Ridzuan


SEMPENA ulang tahun ke-25 Bentley di Malaysia, Bentley Kuala Lumpur memperkenalkan model 'Flying Spur Hybrid' ke pasaran tempatan.

Model kenderaan Hibrid Plug-in (PHEV) itu dijana dengan enjin 2.9 liter pengecas turbo berkembar V6 dengan motor elektrik yang mampu menjana kuasa 544PS dan tork 750Nm.

Ia mampu memecut daripada sifar ke 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh 4.3 saat dan dengan satu isian bahan api penuh dan 18kWh bateri lithium-ion, ia mampu menjangkau perjalanan sehingga 800 kilometer (km).

Flying Spur Hybrid ini didatangkan dengan tiga mod E pemanduan iaitu EV Drive, Hibrid dan Hold bagi disesuaikan dengan gaya pemanduan.

Mod EV akan berfungsi sebaik ditukar mod bagi pengalaman pemanduan kenderaan elektrik (EV) dan sesuai untuk kegunaan dalam bandar serta berjarak pendek, sekitar 40km.

Untuk rekaaan luaran, antara yang membezakan ia dengan varian lain ialah logo 'Hybrid' pada dapra hadapan, ekzos quad oval dan tempat pengecas EV pada sisi dapra belakang.

Ia juga datang dengan lampu utama LED matrik dan lampu nyalaan siang (DRL).

Model GT ini juga datang dengan pilihan rim aloi bersaiz 22 inci spesifikasi Mulliner Driving dengan tiga pilihan kemasan selain 21 dan 20 inci ciri standard.

RUANG kabin mewah.
RUANG kabin mewah.

Ruang kabinnya juga tampil mewah dan bergaya.

Ia juga dilengkapi sistem infotainmen serba baharu 12.3 inci skrin sesentuh dengan 10 pembesar suara dan opsyen 16 pembesar suara Bang & Olufsen.

Model ini dipasang di Crewe, United Kingdom. Ia adalah kilang neutral karbon pertama untuk pengeluaran kereta mewah di dunia.

Bentley Flying Spur Hybrid dijual pada harga bermula RM945,000 yang juga boleh didapati dalam varian Azure dan S. Ia kini dibuka untuk tempahan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Oktober 2022 @ 7:00 AM