HM Digital

Ketika memeriksa tahap air bateri, saya mendapati bahagian dalam tutup liang isian air bateri sudah kehitaman dan air bateri juga berkurangan.

Adakah perlu saya menukar bateri?

Razman Alias,

Alor Gajah, Melaka

Kira-kira 50 peratus kegagalan pramatang bateri kereta disebabkan kehilangan air sewaktu pengecasan biasa. Kekurangan air bateri disebabkan jarang diselenggara, penyejatan daripada haba tinggi bonet kereta yang selalu diparkir di tengah panas atau voltan pengecasan berlebihan.

Pengembangan plat grid bateri dan voltan pengecasan yang rendah mengakibatkan pengsulfatan hingga kegagalan fungsi bateri sehingga air bateri menjadi kehitaman.

Sulfat mengurangkan prestasi bateri dan boleh menyebabkan kegagalan bateri secara pramatang.

Pengecasan berlebihan yang berterusan akan menyebabkan pengakisan plat positif dalam beberapa kes, merosakkan suhu dalam bateri.

Isi semula air bateri dan pastikannya berada pada tahap betul. Jika bateri masih berfungsi baik dan berada pada tahap sekitar 13 volt, anda masih boleh terus menggunakannya sehinggalah prestasi bateri anda menurun.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 January 2018 @ 3:41 AM