Saya memiliki BMW keluaran 2003. Walaupun bateri sudah ditukar baru, enjin tidak boleh dihidupkan jika ditinggalkan lebih daripada dua hari.

Jadi, dalam kereta perlu sentiasa ada kabel ‘jumper’ untuk tarik kuasa daripada kereta lain. Apakah masalah yang berlaku sebenar?

PAK MIE, Kelantan

Jika bateri baru atau masih baik, ini bermakna ada peralatan elektrik atau elektronik yang masih berfungsi selepas enjin dimatikan. Kemungkinan juga alternator tidak mengecas bateri dengan sempurna atau secukupnya.

Walaupun voltan kereta mencecah 12 Volt (v), dalam pengecasan semula bateri, alternator mengeluarkan voltan sekurang-kurangnya 13.5 v untuk pengecasan semula secukupnya.

Rujuk pada mekanik untuk memeriksa voltan di terminal bateri ketika enjin hidup pada rpm tinggi, dan pastikan bacaan antara 13 hingga 14 volt.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Julai 2015 @ 5:02 AM