HELIKOPTER terhempas ketika latihan di Pangkalan TLDM Lumut. FOTO ihsan pembaca
HELIKOPTER terhempas ketika latihan di Pangkalan TLDM Lumut. FOTO ihsan pembaca
EYRA Hazali.
EYRA Hazali.
Zaara Talita


Kuala Lumpur : Salah seorang mangsa yang terkorban dalam tragedi membabitkan dua helikopter yang terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, hari ini adalah ahli keluarga pelakon, Eyra Hazali.

Eyra dalam hantaran di Insta Story memaklumkan, mangsa, Leftenan Komander Wan Rezauden Kamal Wan Zainal Abidin adalah suami kepada sepupunya.

Allahyarham adalah seorang dari 10 mangsa yang terkorban dalam tragedi jam 9.30 pagi itu.

"Al-fatihah kepada semua yang terlibat dalam kemalangan helikopter. Salah seorang mangsa merupakan suami sepupu saya, Lt Kdr Wan Rezauden Kamal Wan Zainal Abidin.

"Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman," tulisnya menerusi paparan yang dimuat naik.

Terdahulu, dua helikopter dilaporkan terhempas selepas berlanggar di udara ketika membuat latihan di Pangkalan TLDM.

TERKINI: Semua mangsa helikopter TLDM terhempas dibawa keluar

Helikopter TLDM terlibat dalam tiga kali raptai sebelum terhempas

Agong zahir takziah

Kementerian Pertahanan pertimbang semula penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

TLDM tubuh Lembaga Siasatan

Mangsa nahas helikopter TLDM dikenal pasti

2 helikopter dinaiki 10 kru

10 dilaporkan terkorban

Dua helikopter terhempas selepas berlanggar di udara

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2024 @ 2:37 PM