Dua kanak-kanak serta ibu mereka dikhuatiri lemas selepas hanyut ketika menjala di Sungai Kota Perdana di sini, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Dua kanak-kanak serta ibu mereka dikhuatiri lemas selepas hanyut ketika menjala di Sungai Kota Perdana di sini, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Muhaamad Hafis Nawawi


Puchong: Dua kanak-kanak serta ibu mereka dikhuatiri lemas selepas hanyut ketika menjala di Sungai Kota Perdana di sini, hari ini.

Sementara itu, suami kepada wanita terbabit dan seorang lagi anak lelaki mereka terselamat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.35 petang.

Menurutnya, dalam kejadian itu satu keluarga terdiri suami isteri dan dua anak lelaki serta seorang anak perempuan berusia empat tahun hingga 40 tahun dihanyut air sungai.

"Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dibantu BBP Shah Alam dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Dalam kejadian itu Ahmad Suriadi, 40, selamat manakala isterinya, Juliana, 38, Mohd Diham, 10, Mohd Alif, 9 dan Riska Amelia, 4, semuanya masih hilang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh anggota Bomba.

"Kanak-kanak lelaki itu ditemui selamat oleh orang awam pada jam 5.18 petang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mac 2024 @ 7:42 PM