MIZZ Nina ketika ditemui di Mahkamah Syariah Shah Alam. FOTO Genes Gulitah
MIZZ Nina ketika ditemui di Mahkamah Syariah Shah Alam. FOTO Genes Gulitah
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Kuala Lumpur: Penyanyi Mizz Nina sudah pun menjadi penjaga de facto tunggal sah terhadap anak angkatnya, Musa yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ini bermakna permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam akan menjadi akademik serta tidak perlu diteruskan dan diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah.

Peguam mewakilinya, Mahmud Jumaat berkata, ia bukanlah bermaksud anak guamnya tidak lagi berminat dengan kes bagi permohonan hadhanah.

"Saya ingin menjelaskan bahawa penarikan kes bagi permohonan hadhanah di Mahkamah Tinggi Syariah ini bersebab.

"Anak guam sudah menjadi penjaga de facto tunggal yang sah yang berdaftar tanpa nama pihak bekas suami pada Jumaat lalu," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, mahkamah membenarkan penarikan balik aktivitis kemanusiaan, Mizz Nina, 44, terhadap kes penjagaan penuh bagi anak angkat mereka iaitu Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara.

Pada prosiding berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini, Mizz Nina mengesahkan isu hak penjagaan sudah tidak perlu dibangkitkan kerana dokumen penuhnya dia sebagai penjaga Musa sudah mutlak.

Mahmud berkata, tiada isu berbangkit patut ditimbulkan selepas ini memandangkan hanya nama Mizz Nina yang ada dalam pendaftaran.

"Mungkin ramai yang bertanya, tapi isu anak guam takut dengan dokumen yang ada di tangan Noh tidak menjadi satu isu.

"Dia (Noh Salleh, 39) masih ada peluang untuk mencabar dengan membawa permohonan hadhanah di Mahkamah Tinggi Syariah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Februari 2024 @ 9:06 PM