TANGKAP layar video Cik B hadiahkan DSV MPV  Toyota Vellfire jenis Granice. FOTO media sosial
TANGKAP layar video Cik B hadiahkan DSV MPV Toyota Vellfire jenis Granice. FOTO media sosial
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: "Saya selalu cakap Cik B anak yang hebat. Benarlah, kata-kata itu satu doa. Alhamdulillah, Allah makbulkan."

Demikian kata usahawan terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman atau dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) apabila menerima kejutan hadiah daripada anaknya, Cik B berupa kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire jenis Granice yang dianggarkan bernilai RM500,000.

Hasmiza, 52, berkata, kereta itu dibeli hasil titik peluh Cik B, 18, atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin sebagai pelakon, menjual produk Salmon Skin dan ulasan produk.

"Cik B beli kereta tu secara tunai. Dia kumpul duit tu selama dua tahun. Kejutan yang dibuat itu sangat mengharukan saya sebagai ibu. Walaupun saya kata kereta yang kemalangan itu akan siap, tapi dia ambil langkah ke depan. Tak jangka dia akan hadiahkan kereta.

"Cik B ni seorang yang penyayang dan sangat sayangkan saya. Dia sentiasa berusaha nak gembirakan saya. Dia tak nak dengar saya mengeluh kalau setiap kali balik dari 'travel' apatah lagi sejak ketiadaan kereta yang selalu digunakan itu. Dia sebolehnya tak nak saya susah dari segi pergerakan. Dia tahu apa saya suka," katanya.

Menurutnya, Cik B juga seorang anak yang sentiasa beringat dan tahu apa matlamat ingin dicapai dalam hidupnya.

"Macam tahun lepas, dia bagi saya RM60,000 untuk sambut hari jadi. Tapi, cara saya pula lain kalau nak 'reward' diri sendiri. Apa yang dibuat Cik B sekarang ini bagi saya dia tak tunjukkan taring lagi. Dia masih malu dan banyak perkara dibuat secara diam-diam.

"Jadi, saya tak pernah putus doa untuk dia. Semoga dia akan menjadi anak yang hebat dari segala sudut, berniaga, belajar. Sikit lagi dia perlu berubah dari segi penampilan, insya-Allah akan berubah juga nanti. Saya tak putus berdoa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 September 2023 @ 3:53 PM