Pengundi kali pertama (dari kiri) Muhammad Adli Azmi, 21; Athira Azmi, 22; Adlina Azmi, 24; dan Najwa Fathia Abdul Rahman, 23, menunjukkan jari yang dicelup dakwat selepas mengundi bagi kawasan Parlimen Ampang di Dewan Orang Ramai Taman Dato Ahmad Razali, Ampang. FOTO Mohhamad Shahril Badri Saali
Pengundi kali pertama (dari kiri) Muhammad Adli Azmi, 21; Athira Azmi, 22; Adlina Azmi, 24; dan Najwa Fathia Abdul Rahman, 23, menunjukkan jari yang dicelup dakwat selepas mengundi bagi kawasan Parlimen Ampang di Dewan Orang Ramai Taman Dato Ahmad Razali, Ampang. FOTO Mohhamad Shahril Badri Saali
PENGUNDI berbaris sebelum di pusat mengundi di SK Puncak Alam 2, Puncak Alam sempena PRU-15. FOTO Asyraf Hamzah
PENGUNDI berbaris sebelum di pusat mengundi di SK Puncak Alam 2, Puncak Alam sempena PRU-15. FOTO Asyraf Hamzah
Perdana Menteri yang juga calon BN Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di SMK Bandar Kerayong di Bera untuk mengundi.
Perdana Menteri yang juga calon BN Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di SMK Bandar Kerayong di Bera untuk mengundi.
Wartawan NSTP

Kuala Lumpur: Lebih 20 juta rakyat Malaysia layak mengundi bakal memilih wakil rakyat yang akan membentuk kerajaan di peringkat persekutuan dan tiga negeri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), hari ini.


PRU-15: Senarai calon Parlimen


6 petang: Waktu mengundi bagi PRU-15 tamat dan semua pusat mengundi ditutup.

• PRU15: 70 peratus sudah keluar mengundi setakat 4 petang: SPR

5.19 petang: Jumlah pengundi PRU15 setakat 3 petang sudah melepasi jumlah keseluruhan pengundi PRU-14: SPR

• 65 peratus sudah keluar mengundi setakat 3 petang: SPR

• Pengundian di 11 pusat mengundi bagi Parlimen Baram digantung disebabkan faktor cuaca: SPR

4.10 petang: Cuaca semakin mendung namun kelihatan orang ramai masih lagi berpusu-pusu ke Pusat Mengundi di SK Tanjung Malim untuk mengundi.

3.38 petang: Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Sutera, Johor Bahru.

3 petang: Calon Pejuang kerusi Parlimen Port Dickson, Ahmad Idham Ahmad Nadzri selesai mengundi di SMK Dato Ahmad Razali.


• Proses pengundian lancar, tiada sebarang provokasi dikesan setakat ini: Ketua Polis Negara

• 58 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang: SPR

• Ketua Polis Negara sahkan tiga kematian berlaku iaitu dua di Johor dan satu di Kelantan ketika mengundi pada sebelah pagi.

2.30 petang: Calon PEJUANG Parlimen Sabak Bernam, Datuk Seri Eizlan Yusof, 51, selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Bonus.

• Dua pengundi warga emas, masing-masing di Parlimen Sembrong dan Pulai meninggal dunia di pusat mengundi: SPR Johor

• 50 peratus sudah keluar mengundi setakat 1 tengah hari tadi: SPR

• 42 Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau akan menghubungi rakan pemimpin di Sarawak sekiranya parti itu memenangi lebih 15 daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah.

• 42 peratus sudah keluar mengundi setakat 12 tengah hari ini: SPR


• Proses pengundian membabitkan individu positif Covid-19 berjalan lancar setakat ini. Kementerian Kesihatan (KKM) menempatkan dua petugasnya di setiap pusat pengundian di negara ini atau seorang di pusat pengundian kecil bagi melancarkan proses pengundian individu positif Covid-19: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin

• 31 peratus pemilih menunaikan tanggungjawab setakat 11 pagi: SPR

• Pengundian bagi DUN Tioman tidak akan diadakan hari ini. Pengundian akan diadakan pada 7 Dis 2022 dengan undi awal pada 3 Dis dan penamaan calon pada 24 Nov: SPR

• BN akan bincang dengan kepimpinan parti itu jika wujud sebarang kemungkinan kerjasama dengan parti lain selepas PRU-15: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

12 tengah hari: Jalan Slim River-FELDA Besout sesak dengan kenderaan berikutan ramai warga FELDA pulang untuk mengundi di tanah rancangan Besout dekat Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Slim.

• Kekecohan berlaku di pusat pengundian PPR Kerinchi, di sini, apabila pengundi mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal menyempurnakan persiapan mengundi sana.


11.13 pagi: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengundi di SK Kampung Sireh Jalan Hamzah, Kota Bharu.

• 20 peratus keluar mengundi setakat 10 pagi: SPR


• Calon baharu PN bagi DUN Tioman akan ditentukan selepas pengundian PRU-15 hari ini selesai: Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah

10.52 pagi: Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di pusat mengundi SK Titi Gajah untuk mengundi.


• Sembilan peratus keluar mengundi setakat 9 pagi tadi: SPR


• Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ucap takziah kepada keluarga calon PN DUN Tioman Md Yunus Ramli yang meninggal dunia hari ini.

10.56 pagi Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Hulu Langat, Datuk Wira Johan Abd Aziz tiba di Pusat Mengundi di SK Semenyih ditemani isteri, Datin Norsiah Ismail.

10.51 pagi: Penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga calon PN tiba di Pusat Mengundi SK Tambung Tulang, Arau untuk mengundi.

10.26 pagi: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai mengundi di SMK Bandar Kerayong, Bera.

• Pengundian di kawasan dilanda banjir di Baram, Sarawak diteruskan, cuma tempat mengundi diubah: Pesuruhjaya Polis Sarawak

• Pengundian bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tioman ditangguhkan berikutan calon daripada Perikatan Nasional (PN), Md Yunus Ramli meninggal dunia, awal pagi tadi.

9.30 pagi: Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan isteri, Puan Sri Dayang Juma'ani Tuanku Bujang mengundi di SK Merpati Jepang, Kuching.

9.22 pagi Perdana Menteri yang juga calon BN Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di SMK Bandar Kerayong di Bera untuk mengundi.

9.15 pagi: Calon BN Parlimen Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah selesai mengundi di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Hitam.


9 pagi: Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri tiba untuk meninjau proses pengundian di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Hitam.

8.50 pagi: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kawasan Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melakukan kunjungan ke Pusat Mengundi di Sekah Kebangsaan Seri Anggerik.

8.42 pagi: Penyandang kerusi Parlimen Rembau yang juga Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, tiba di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Agama (SMA) Haji Mohd Yatim, Rembau.



8.15 pagi: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba dan memasuki pusat mengundi di Madrasah Manbail Ulum, Sungai Nipah Darat, Bagan Datuk.


8 pagi: Pusat pengundian dibuka di Semenanjung Malaysia.

7.30 pagi: Pusat pengundian dibuka di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Petugas SPR membawa peti undi ke Pusat Mengundi di SMK Bandar Kerayong, Bera sempena Pilihanraya Umum ke-15. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM
Petugas SPR membawa peti undi ke Pusat Mengundi di SMK Bandar Kerayong, Bera sempena Pilihanraya Umum ke-15. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 November 2022 @ 7:50 AM