GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Norsyazwani Nasri


Bau: Lelaki berhadapan pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 selepas mangsa dipukul meninggal dunia, semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, pada 5.57 petang Ahad lalu, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 50 tahun memaklumkan pakciknya dipukul lelaki berusia 33 tahun.

Menurutnya, kejadian berkenaan berlaku di hadapan kedai makan di Siniawan Villa.

"Pakcik kepada wanita itu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, pada tarikh yang sama sekitar 10.12 malam. Bahagian Siasatan Jenayah Bau membuat tangkapan terhadap suspek.

"Turut dirampas satu kerusi plastik yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, suspek ditahan reman empat hari mulai sehingga 9 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

"Pada 4.34 petang semalam, mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

"Kes telah diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2022 @ 11:23 AM