Sudirman Mohd Tahir

 

Kuala Lumpur: Pelakon popular Mira Filzah selamat melahirkan bayi lelaki, jam 3.40 pagi hari ini di sebuah pusat perubatan, di sini.

Suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar dalam satu hantaran di media sosial berkata, Mira dan bayi mereka kini dalam keadaan sihat.

"Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT Pencipta sekalian alam, serta selawat ke atas  mulia Baginda Nabi Muhammad SAW, isteri syurgaku Nur Amirah Filzah Badioezaman  selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 Mei pada jam 3.40 pagi.

"Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping bunya yang juga dalam keadaan sihat. Kami mengucapkan jazakallahukhairan dan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga ini, moga segala kebalkan buat kalian semua juga," katanya.

Mira yang berkahwin pada 3 September 2020 berkongsi mengenai kehamilannya pada Januari lalu.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mei 2022 @ 9:01 AM