DM seorang peminat Mira Filzah.
DM seorang peminat Mira Filzah.
Sudirman Mohd Tahir


PELAKON dan pengacara terkenal, Mira Filzah mengakui sedang berkawan dan mengenali hati budi seorang lelaki yang bukan dalam kalangan penggiat industri hiburan.

Bagaimanapun, Mira, 26, atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, masih terlalu awal untuk dia berkongsi lanjut mengenai perkara itu.

“Kami berkawan dan masih dalam proses mengenali. Selebihnya, saya tidak ada apa-apa komen. Macam pernah dikatakan sebelum ini, soal jodoh ketentuan Allah SWT. Saya percaya pada itu,” katanya ringkas.

Mira yang juga pelakon drama Adellea Sofea yang kini ditayangkan di slot Akasia TV3 berkata, ini bukan kali pertama dia ditanyakan perkara sebegini.

“Buat masa sekarang, saya selesa berkongsi soal kerjaya saja. Doakan yang terbaik buat saya,” katanya.

Dalam masa sama, Mira berkongsi khidmatnya sebagai pengacara Nona diteruskan pada tahun depan.

Terdahulu, Harian Metro mendapat mesej peribadi (DM) daripada seoarang peminat di Instagram @myhmrap yang berkongsi mengenai hubungan Mira dengan lelaki itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Disember 2019 @ 4:55 PM