HUMMER H1 X3 mempunyai saiz tiga kali lebih besar daripada Hummer H1. FOTO Agensi
HUMMER H1 X3 mempunyai saiz tiga kali lebih besar daripada Hummer H1. FOTO Agensi
Agensi

Abu Dhabi: Semegah namanya, Hummer H1 X3 mempunyai saiz tiga kali lebih besar daripada Hummer H1, sekali gus menjadikannya terbesar dalam dunia setakat ini.

Sekali pandang, Hummer H1 yang juga kenderaan utiliti sukan (SUV) jalanan terbesar pernah dibuat, nampak seperti kereta mainan apabila diletakkan bersebelahan dengan Hummer H1 X3.

Menurut pemiliknya, Sheikh Hamad Hamdan Al Nahyan atau lebih dikenali sebagai Sheikh Rainbow, 'raksasa' logam itu mempunyai ketinggian 6.6 meter, sepanjang 14m dan selebar 6m, sekali gus menjadikannya Hummer terbesar yang ada setakat ini.

Hummer gergasi ini dikuasakan empat enjin diesel, tetapi spesifikasi teknikal seperti kelajuan tertinggi, daya dan seumpamanya masih belum didedahkan kepada umum.

Malah, kewujudan kenderaan itu baru diketahui selepas gambarnya dipandu ke Muzium Sejarah Off-Road di Al Madam, UAE, tular dalam talian, baru-baru ini.

Hummer H1 X3 satu daripada koleksi kenderaan milik Sheikh Rainbow.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mac 2022 @ 6:30 AM