GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Malaysia terus mencatatkan peningkatan mendadak kepada 7,234 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini berbanding 5,720 kes, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia mencecah 2,895,014 kes setakat ini.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.

Data harian laman COVIDNOW akan dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Februari 2022 @ 3:31 PM