Mohamed Farid Noh


Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor (DUN) berkuat kuasa hari ini.

Ia bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), diadakan.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad pada jam 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, hari ini.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pada pertemuan bersama Sultan Johor itu, Hasni diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran Dewan Negeri Johor.

"Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta'zim termansuh pada 22 Januari 2022," dalam kenyataan dimuat naik Akaun Rasmi Sultan Johor, hari ini.

SULTAN Ibrahim berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor berkuatkuasa hari ini. FOTO Facebook The Royal Johor
SULTAN Ibrahim berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor berkuatkuasa hari ini. FOTO Facebook The Royal Johor

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 January 2022 @ 5:29 PM