GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini mencatatkan penurunan 4,083 kes berbanding 4,362 kes yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia mencecah 2,715,847 kes setakat ini.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman Covidnow dengan data akan dikemaskini setiap hari selepas tengah malam.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Disember 2021 @ 2:14 PM