MUSKAN Sheikh membatalkan perkahwinan selepas melihat bakal suaminya hadir ke majlis pernikahan dalam keadaan mabuk. FOTO Agensi
MUSKAN Sheikh membatalkan perkahwinan selepas melihat bakal suaminya hadir ke majlis pernikahan dalam keadaan mabuk. FOTO Agensi
Agensi

New Delhi: Seorang pengantin perempuan nekad membatalkan perkahwinan selepas melihat bakal suaminya muncul dalam keadaan mabuk di lokasi majlis pernikahan mereka dekat Rajgarh, India.

The Times of India melaporkan kejadian berlaku di Suthaliya di daerah Rajgarh pada 7 November lalu.

Ketika rombongan perkahwinan tiba, ramai tetamu termasuk pengantin lelaki dan rakannya kelihatan mabuk.

Pengantin lelaki itu mabuk sehingga tidak boleh berdiri sendiri.

Sebaik pengantin perempuan, Muskan Sheikh menyaksikannya, wanita itu memutuskan untuk berundur daripada perkahwinan dan enggan menghadiri majlis akad nikah.

Muskan mendapat sokongan penuh keluarganya dalam keputusan ini.

Ketika ditanya oleh Alim Sahab sama ada mahu meneruskan perkahwinan atau sebaliknya, Muskan kekal dengan pendiriannya untuk membatalkannya.

Sementara itu, polis juga memberi jaminan sokongan penuh kepada keluarga pengantin perempuan jika sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Insiden sama berlaku sebelum ini apabila seorang pengantin lelaki mabuk mula melakukan tarian 'naagin' di majlis perkahwinannya.

Selepas melihat kelakuannya, pengantin perempuan enggan mengahwininya.

Insiden itu berlaku di kawasan Mailani di Lakhimpur Kheri, Bareily, Uttar Pradesh.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 November 2021 @ 6:30 AM