GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 terus meningkat dengan 6,517 kes dilaporkan hari ini berbanding 6,323 kes, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata menerusi Twitter, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini sebanyak 2,535,338 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 November 2021 @ 2:01 PM