GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Suraya Roslan
suraya@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 terus menurun dengan 4,701 kes dilaporkan hari ini berbanding 4,922 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,501,966 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web http://covidnow.moh.gov.my (http://covidnow.moh.gov.my/) dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 November 2021 @ 3:09 PM