GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Suraya Roslan


Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini meningkat kepada 3,504 kes berbanding 3,490 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara mencapai 2,695,143 kes.

Menurutnya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW di http://covidnow.moh.gov.my..

"Data harian laman Covidnow dikemaskini sekali gus selepas tengah malam," katanya dalam hantaran di Twitter, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Disember 2021 @ 1:53 PM