Foto hiasan
Foto hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Hanya 88 kes atau 1.9 peratus positif Covid-19 yang dilaporkan hari ini membabitkan kategori 3 hingga 5, manakala 4,613 kes atau 98.1 peratus lagi adalah kategori 1 dan 2.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 4,701 kes positif Covid-19 dilaporkan hari ini dan data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,501,966 kes.

"Bilangan pesakit yang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) kini seramai 544 orang iaitu 527 yang disahkan Covid-19, 17 lagi membabiskan kes disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan.

"Daripada jumlah itu, seramai 280 individu memerlukan alat bantuan pernafasan membabitkan 212 disahkan Covid-19, manakala 68 disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan," katanya dalam kenyataannya hari ini.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 5,382 kes sembuh direkodkan hari ini dan menjadikan jumlah keseluruhan adalah 2,407,205 kes iaitu 96.2 peratus daripada keseluruhan kes.

Beliau berkata, pihaknya turut mengenal pasti tiga kluster baharu di mana pertambahan kluster baharu itu menjadikan keseluruhan 5,799 kluster sudah dilaporkan setakat ini dengan 335 kluster masih aktif.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman web http://covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemas kini selepas tengah malam.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 November 2021 @ 7:00 PM