Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Penurunan kes Covid-19 semakin menunjukkan perkembangan positif apabila 13,104 kes baharu direkodkan hari ini berbanding 13,899 kes yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia mencecah 2,198,235 kes setakat ini.

Katanya, Sarawak kekal menjadi negeri mencatatkan kes tertinggi dengan 2,943 kes diikuti Selangor (1,558) serta Johor (1,455) kes.

"Kelantan merekodkan 1,206 kes diikuti Sabah (1,078), Perak (994), Pulau Pinang (955) manakala Kedah (721).

"Kes direkodkan di Pahang pula ialah 604 kes diikuti Terengganu (685), Melaka (362), Kuala Lumpur (270) dan Negeri Sembilan (165) kes," katanya menerusi Twitter hari ini.

Noor Hisham berkata, Perlis merekodkan 80 kes diikuti 24 kes direkodkan di Putrajaya dan empat di Labuan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 September 2021 @ 3:54 PM