Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan dengan 19,378 kes hari ini berbanding 20,988 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif 1,805,382 kes direkodkan setakat ini.

Dr Noor Hisham berkata, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,613 kes, diikuti Sarawak (2,464 kes); Sabah (2,404 kes); Johor (2,331 kes); Pulau Pinang (1,726 kes); Kedah (1,470 kes); Perak (1,389 kes); Kelantan (1,356 kes) dan Kuala Lumpur (740 kes).

"Selain itu, Pahang mencatatkan 559 kes; Terengganu (532 kes); Melaka (399 kes); Negeri Sembilan (270 kes); Perlis (80 kes); Putrajaya (41 kes) dan Labuan (empat kes)," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 September 2021 @ 4:16 PM