Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 terus mencatatkan peningkatan apabila merekodkan jumlah tertinggi dengan 22,948 kes, hari ini, berbanding 22,242 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif 1,489,460 kes direkodkan setakat ini.

"Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 7,175 kes, diikuti Sabah (2,583 kes); Kedah (2,137 kes); Pulau Pinang (1,655 kes); Johor (1,526 kes); Kuala Lumpur (1,439 kes) dan Kelantan (1,271 kes).

"Selain itu, Perak mencatatkan 1,229 kes; Sarawak (1,206 kes); Melaka (737 kes); Pahang (736 kes); Terengganu (621 kes); Negeri Sembilan (556 kes); Perlis (42 kes); Putrajaya (26 kes) dan Labuan (sembilan kes)," katanya.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Ogos 2021 @ 3:26 PM