Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Jumlah kes harian Covid-19 meningkat kepada 12,434 kes hari ini berbanding 11,332 yang dilaporkan semalam.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di negara ini berjumlah 2,232,960 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak kekal menjadi negeri yang mencatatkan kes tertinggi dengan 2,967 kes diikuti Selangor (1,362 kes), Johor (1,289 kes), Kelantan (1,125 kes) dan Sabah merekodkan 1,000 kes.

Gambar hiasan. Foto NSTP.
Gambar hiasan. Foto NSTP.

"Pulau Pinang mencatatkan 863 kes manakala Perak (971 kes), Pahang (663 kes), Kedah (652 kes) dan Terengganu merekodkan 612 kes.

"Selain itu Melaka merekodkan 375 kes baharu, Kuala Lumpur (284 kes), Perlis (79 kes), Putrajaya (18 kes) dan Labuan mencatatkan lima kes," katanya menerusi Twitter, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 September 2021 @ 3:42 PM