Mohamad Hafis Nawawi dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Sebuah van kilang dihempap runtuhan jejambat sebuah projek lebuh raya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Desa Tun Razak, di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kuala Lumpur berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 6 petang.

"Operasi menyelamat kini sedang dijalankan. Maklumat lanjut berhubung punca dan keadaan mangsa masih dalam siasatan.

"Kejadian berlaku di MRR2 menghala ke Ampang," katanya ketika dihubungi.

Setakat ini, kesesakan teruk berlaku di jalan berkenaan susulan runtuhan dan operasi menyelamat dilakukan.

Beberapa video serta gambar kejadian mulai tular di media sosial.

KERETA dihempap runtuhan jejambat di MRR2 berhampiran Desa Tun Razak, hari ini. FOTO ihsan pembaca
KERETA dihempap runtuhan jejambat di MRR2 berhampiran Desa Tun Razak, hari ini. FOTO ihsan pembaca

MAKLUMAT LANJUT MENYUSUL

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mac 2021 @ 7:24 PM