BERNAMA

KETUA Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, hari ini, memaklumkan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin memperkenankan permohonannya untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Beliau berkata, sehubungan itu, pilihan raya negeri akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

 MOHD Shafie pada Majlis Perjumpaan Bersama Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah di Bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah (PPNS) di Kota Kinabalu. FOTO Malai Rosmah Tuah

Mohd Shafie membuat pengumuman berkenaan pada sidang media khas di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di Kota Kinabalu.

"Rakyat Sabah yang menentukan kerajaan Sabah," katanya.

Terdahulu, Mohd Shafie mengadap Tun Juhar di Istana Negeri dan kenderaan yang membawa ketua menteri itu dilihat memasuki perkarangan istana pada jam 8.25 pagi.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2020 @ 12:27 PM