KEADAAN kereta yang terjunam ke dalam sungai.
KEADAAN kereta yang terjunam ke dalam sungai.
Oleh Zuliaty Zulkiffli


DUA mayat ditemui dalam sebuah kereta yang dipercayai terjunam ke dalam sungai di Lana Bulu, Megat Dewa, Jitra, malam ini.

Kereta itu dipercayai ditemui sekitar jam 10 malam tadi dan mayat kedua mangsa ditemui dalam kereta berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim mengesahkan laporan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, kereta itu disyaki terbabas dan setakat ini identiti mangsa belum dikenal pasti.

"Ya ada dua mayat ditemui," katanya ketika dihubungi hari ini.

Setakat ini anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) berada di lokasi untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Jun 2020 @ 12:25 AM