YAMILA dan Ismael ditahan untuk membantu siasatan.
YAMILA dan Ismael ditahan untuk membantu siasatan.
Agensi

Buenos Aires: Seorang bayi berusia 10 bulan berada dalam keadaan kritikal kesan daripada pengambil kokain yang berlebihan.

Mirror.co.uk melaporkan doktor mengesan kokain di dalam darah bayi perempuan berkenaan dipercayai dipindahkan melalui susu ibunya.

Media tempatan melaporkan susulan itu seorang wanita berusia 30 tahun dikenali sebagai Yamila R dan pasangannya Ismael A, 38, ditahan.

Ibu bayi itu mendakwa anaknya 'bermain' dengan ubat milik bapanya yang baru menjalani pembedahan kaki.

Serbuan dilakukan di rumah pasangan itu selepas mendapat waran geledah dikeluarkan Pendakwa tempatan, Carlos Rolero Santurian.

Pihak berkuasa turut menemui kokain diatas meja di kediaman milik mereka.

Polis turut merampas sejumlah wang dan kedua-dua mereka ditahan untuk siasatan lanjut.

Bayi terbabit dihantar pasangan berkenaan ke pusat kesihatan di San Nicolas sebelum dipindahkan ke Hospital Elizalde untuk rawatan lanjut.

Siasatan lanjut masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mei 2020 @ 6:30 AM