SEBAHAGIAN daripada hidupan liar tanpa dokumen sah yang dirampas Perhilitan di sebuah resort di Kluang, Johor.
SEBAHAGIAN daripada hidupan liar tanpa dokumen sah yang dirampas Perhilitan di sebuah resort di Kluang, Johor.
Mohd Jamilul Anbia Md Denin

BEROPERASI tidak ubah seperti zoo haram apabila pemiliknya menyimpan pelbagai spesies hidupan liar dilindungi secara tidak sah.

Tindakan lelaki berusia 50-an itu bagaimanapun mengundang padah apabila resort dikendalikan di Kluang diserbu sepasukan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kelmarin. Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pihaknya yang mendapat maklumat berhubung aktiviti menyalahi undang-undang itu bertindak menyerbu lokasi berkenaan pada jam 12 tengah hari. Menurutnya, lapan pegawai penguat kuasa Jabatan Perhilitan bertindak menjalankan pemeriksaan di lokasi itu yang terletak lebih dua kilometer dari jalan utama.

SEBAHAGIAN daripada hidupan liar tanpa dokumen sah yang dirampas Perhilitan di sebuah resort di Kluang, Johor.
SEBAHAGIAN daripada hidupan liar tanpa dokumen sah yang dirampas Perhilitan di sebuah resort di Kluang, Johor.

“Hasil pemeriksaan menemukan empat ekor ular sawa batik, seekor biawak tikus, seekor musang pandan, seekor kucing batu, seekor beruk dan empat ekor babi hutan. “Turut ditemui enam ekor kura-kura, tiga ekor landak raya, seekor burung hantu, seekor burung helang dan empat ekor kera,” katanya. Menurutnya, semua hidupan liar itu dipercayai untuk dipertontonkan kepada pengunjung resort itu. “Siasatan bagaimanapun mendapati hidupan liar berkenaan tidak memiliki dokumen yang sah daripada Jabatan Perhilitan.

SEBAHAGIAN daripada hidupan liar tanpa dokumen sah yang dirampas Perhilitan di sebuah resort di Kluang, Johor.
SEBAHAGIAN daripada hidupan liar tanpa dokumen sah yang dirampas Perhilitan di sebuah resort di Kluang, Johor.

“Susulan itu semua hidupan liar itu terpaksa dirampas dan dibawa ke Pejabat Perhilitan Daerah Kluang, Johor untuk tindakan selanjutnya bagi siasatan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716),” katanya. Beliau berkata, individu atau pihak yang mahu memelihara haiwan liar dilindungi perlu mendapatkan kebenaran dan lesen sah daripada Perhilitan. Sementara itu, dalam kes berasingan, anggota Perhilitan Kelantan turut menahan dua lelaki tempatan yang menaiki sebuah kereta di Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan pada jam 11.30 malam kelmarin.

LIMA bangkai babi hutan ditemui  disembunyikan di dalam kenderaan.
LIMA bangkai babi hutan ditemui disembunyikan di dalam kenderaan.

Hasil pemeriksaan dilakukan menemui lima ekor babi hutan yang sudah mati dan disembunyikan di dalam kenderaan berkenaan. Siasatan mendapati suspek berusia 50-an dan 16 tahun itu tidak memiliki sebarang dokumen yang sah daripada jabatan Perhilitan bagi tujuan pemilikan dan penyimpanan hidupan liar itu. Suspek kemudian dibawa ke balai Polis Bukit Bungan sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 January 2020 @ 8:03 AM