Redzuan Muharam


“NIAT saya berkongsi resipi masakan ringkas di laman sosial adalah mengajak golongan muda masuk ke dapur tanpa rasa takut untuk mencuba,” kata Arianna Natasha Abdul Zamree, 16.

Arianna adalah anak kedua daripada tiga beradik yang kini giat menjalankan perniagaan kek coklat ‘brownies’ secara atas talian.

Menariknya, Arianna juga tidak lokek berkongsi pelbagai resipi masakan dengan pengikutnya di Facebook dan Instagram (IG).

Jadi, tidak hairanlah jika gadis itu mempunyai bilangan pengikut yang ramai di kedua-dua platform berkenaan hingga setiap gambar atau video masakan dimuat naik mendapat pujian dan pelbagai reaksi positif.

MENYEDIAKAN resipi kek coklat. FOTO Azhar Ramli
MENYEDIAKAN resipi kek coklat. FOTO Azhar Ramli

Menceritakan latar belakangnya, Arianna berkata, minat memasak ada dalam dirinya sejak berusia 14 tahun lagi dan mulanya, dia hanya gemar membantu ibunya di dapur.

Katanya, lama kelamaan, timbul keinginan untuk mencuba dan mula memanfaatkan kemahiran memasak sebagai sumber pendapatan selepas menyertai acara Absolut Food Festival 2019 di Shah Alam pada April lalu.

Meskipun tiada pengalaman berniaga, Arianna berkata, dia beranikan diri mengambil tawaran itu selepas mendapat galakan keluarga dan penganjur acara berkenaan, Nur Ali Nadzwan atau Ben Ali .

“Saya tak jangka akan pandai memasak seperti sekarang kerana hanya bermula dengan membantu ibu di dapur dan sekadar cuba-cuba saja.

“Seingat saya, ‘brownies’ adalah makanan pertama yang dihasilkan tetapi hanya dapat hasil seperti yang diharapkan selepas lima kali mencuba.

“Kemudian, saya cuba pula hasilkan kek batik dan pasta sebelum mempelajari cara menyediakan masakan lain.

“Alhamdulillah, saya kini semakin mahir termasuk dalam menyediakan masakan kampung ,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Setia Ecohill, Semenyih, hari ini.

ARIANNA Natasha memasukkan tempahan kek coklat untuk dimasak. FOTO Azhar Ramli
ARIANNA Natasha memasukkan tempahan kek coklat untuk dimasak. FOTO Azhar Ramli

Menceritakan rutin hariannya, Arianna berkata, kebanyakan masanya dihabiskan di dapur dan mengakui janggal jika tidak memasak walaupun sehari.

“Walaupun aktif menjual ‘brownies’, saya tidak berdepan masalah untuk menyiapkan tempahan kerana belajar di rumah (homeschooling).

“Jadi, waktu pagi digunakan untuk belajar manakala sebelah petang diperuntukkan bagi menyiapkan tempahan pelanggan.

“Namun, jika ada waktu terluang sekalipun, saya tetap akan masuk ke dapur kerana gemar memasak dan mencuba pelbagai resipi baru yang dipelajari di Internet,” katanya.

Berkongsi perancangannya, Arianna berkata, dia bercadang mengembangkan perniagaan diusahakan selepas tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Jika ada tawaran belajar, saya akan pertimbangkan, namun minat lebih menjurus kepada perniagaan.

“Bidang ini (masakan dan perniagaan) sudah sebati dengan diri saya dan diharap perkongsian saya di laman sosial dapat memberi inspirasi kepada semua, terutama golongan muda untuk mencari peluang berbekalkan kebolehan yang mereka ada, tidak kiralah memasak atau apa saja.

“Malah, saya amat gembira setiap kali menerima maklum balas daripada pengikut yang dulunya takut untuk masuk ke dapur tetapi kini sudah selesa hingga boleh berniaga dan menyediakan hidangan untuk keluarga mereka,” katanya.

ARIANNA Natasha menunjukkan tempahan kek coklat untuk pelanggannya. FOTO Azhar Ramli
ARIANNA Natasha menunjukkan tempahan kek coklat untuk pelanggannya. FOTO Azhar Ramli

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Ogos 2019 @ 8:00 PM
ARIANNA Natasha menunjukkan tempahan kek coklat untuk pelanggannya. FOTO Azhar Ramli
ARIANNA Natasha menunjukkan tempahan kek coklat untuk pelanggannya. FOTO Azhar Ramli
ARIANNA Natasha memasukkan tempahan kek coklat untuk dimasak. FOTO Azhar Ramli
ARIANNA Natasha memasukkan tempahan kek coklat untuk dimasak. FOTO Azhar Ramli
MENYEDIAKAN resipi kek coklat. FOTO Azhar Ramli
MENYEDIAKAN resipi kek coklat. FOTO Azhar Ramli
ARIANNA Natasha menyiapkan tempahan kek coklat. FOTO Azhar Ramli
ARIANNA Natasha menyiapkan tempahan kek coklat. FOTO Azhar Ramli