SHARIFAH Rohaizah menunjukkan durian yang dijual di gerainya di Kuala Klawang.
SHARIFAH Rohaizah menunjukkan durian yang dijual di gerainya di Kuala Klawang.
Abnor Hamizam Abd Manap


JELEBU: Musim durian memberikan rezeki tambahan kepada mereka yang mempunyai dusun apabila mampu meraih pendapatan lumayan melalui jualan raja buah itu.

Bagi peniaga makanan, Sharifah Rohaizah Syed Azlan Shah, 35, dia menjual durian dari dusun milik bapa saudara dan rakannya.

Katanya, kebanyakan penggemar durian akan datang mencari durian Jelebu kerana rasanya yang lemak manis.

“Ini disebabkan durian Jelebu ditanam di kawasan berbukit, selain tanah lembap dan berangin. Malah suhu pada waktu sejuk mempengaruhi faktor keenakan durian.

“Jadi tidak hairan ada penggemar dari Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur sanggup menempuh perjalanan jauh semata-mata untuk mencari durian Jelebu,” katanya di sini, semalam.

Sharifah Rohaizah berkata, walaupun durian Jelebu belum gugur sepenuhnya, permintaan tinggi menyebabkan dia sudah menjual 400 kilogram (kg) durian dengan nilai jualan hampir RM4,000 dalam tempoh empat hari.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2019 @ 5:30 AM