GERAI laksa kebok ditutup sementara waktu. FOTO Safuri Kamarudin
GERAI laksa kebok ditutup sementara waktu. FOTO Safuri Kamarudin
Safuri Kamarudin

PEMILIK gerai jualan laksa kebok di Kupang, Baling, akan terus memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan kes keracunan laksa.

Daud Ismail, 51, dia memberi kerjasama yang baik setiap kali pegawai pejabat kesihatan membuat pemeriksaan dan siasatan di premis perniagaannya.

"Ini termasuk pemeriksaan di kawasan dapur, tempat membuat laksa serta memasak kuah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Daud berkata, dia berharap mendapat keputusan yang adil bagi meneruskan perniagaan itu yang menjadi punca mata pencariannya.

Katanya, sejak kejadian itu tular di media sosial, dia tidak menerima sebarang ugutan.

Malah, dia menerima semangat serta sokongan daripada rakan dan pelanggan.

“Bagaimanapun, saya akur dengan arahan Pejabat kesihatan supaya menutup premis sehingga siasatan selesai.

"Saya menunggu dengan sabar kerana saya mencari nafkah hidup dengan berniaga laksa,” katanya.

DAUD. FOTO Safuri Kamarudin
DAUD. FOTO Safuri Kamarudin

Sebelum ini, NSTP melaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan pertambahan sebanyak 42 kes keracunan makanan yang disyaki berpunca daripada laksa yang dibeli di sebuah gerai di Kupang, Baling.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 14 daripada kes terbabit dilaporkan di Kedah, tujuh di Perak dan 21 kes di Selangor.

Katanya, hasil siasatan mendapati pesakit terbabit memakan laksa yang dibeli dari gerai yang sama sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes terkini adalah sebanyak 61 kes.

Berita berkaitan:

[UPDATE] 42 lagi kes keracunan akibat laksa...?

[UPDATE] 'Reda dengan pemergian emak...'

'Kalau laksa beracun, dah lama kami mati'

Sah, dua maut 'makan' laksa...

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Oktober 2018 @ 12:14 PM