(Gambar fail) Najib semasa hadir bagi menghadapi tiga pertuduhan mengikut Seksyen 4 Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Wang Haram (AMLATFA) 2001 di Mahkamah Seksyen, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 8 Ogos lalu. FOTO Syarafiq Abd Samad

Wartawan NSTP

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 3 petang esok membabitkan tuduhan berkaitan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadinya.

Beliau akan menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

Najib ditahan sebaik sahaja tiba di Ibu Pejabat SPRM jam 4.13 petang tadi.

SPRM dalam kenyataannya petang ini menyatakan akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi merakam percakapan beliau.

Beliau juga akan dibawa ke mahkamah esok bagi membantu siasatan polis mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 September 2018 @ 4:10 PM