Shamsul Kamal Amarudin dan Zahratulhayat Mat Arif


JENAZAH tiga beradik yang mati ditetak di rumah mereka di kampung di Bagan Datuk, selamat disemadikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Ulu Dedap, dekat Kampung Gajah, malam tadi.

Jenazah Nur Ziah Fasihah Mohd Fadzil, 2; abangnya, Muhammad Firash Zaffril, 3 dan Mohammad Faqhqih Zahirulhaq, 5, tiba di Tanah Perkuburan Islam Ulu Dedap pada 9.10 malam.

Kira-kira 500 orang terdiri daripada ahli keluarga dan penduduk kampung hadir pada majlis pengebumian itu.

Kelihatan beberapa ahli keluarga yang diberi peluang melihat jenazah tiga beradik itu tidak dapat menahan sebak sambil melaungkan kalimah ‘Allahuakbar’ dan ditenangkan ahli keluarga lain.

Terdahulu, jenazah tiga beradik itu selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada 6.30 petang. Jenazah kemudian dimandi, dikafan dan disembahyangkan di hospital berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang semalam, ketiga-tiga beradik berkenaan maut di tempat kejadian akibat ditetak lelaki yang juga rakan kepada bapa mereka di Kampung Sungai Haji Muhammad.

Ibu mangsa, Zuraidah Md. Ali, 35, pula parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Kakak tiga beradik itu, Nur Zuryn Faziera, 9, dan rakannya serta seorang guru agama turut cedera akibat ditetak.

Berita berkaitan

Jenazah tiga beradik dituntut [METROTV]

'Opah...tolong Zuryn!'

'Haq teruja mahu berpuasa tapi...'

'Kami trauma lihat rumah tu...'

'Mujur saya pakai helmet'

'Suspek dakwa rasa tidak tentu arah'

Sampai hati kau, sahabat...

Suspek positif dadah rupanya...

Suspek bunuh tiga beradik direman [METROTV]

Suspek tiada rekod sakit mental

'30 minit kemudian jeritan terhenti...' [METROTV]

Tragedi 1 Ramadan

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mei 2018 @ 10:18 PM
JENAZAH tiga beradik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ulu Dedap. FOTO L Manimaran
JENAZAH tiga beradik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ulu Dedap. FOTO L Manimaran