Mohd Anwar Patho Rohman; Meor Riduwan Meor Ahmad; Adib Povera; Mohd Iskandar Ibrahim; Hidir Reduan dan Ahmad Suhael Adnan dan Nor Ain Mohamed Radhi

AHLI Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang digantung selama enam bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengeluarkan arahan itu berikutan kedegilan wakil rakyat pembangkang itu yang enggan mematuhi arahan selain terus mengganggu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Lim tetap berdegil meneruskan ucapannya walaupun Bentara sudah diarahkan mengiringi beliau keluar dewan.
Lim tetap berdegil meneruskan ucapannya walaupun Bentara sudah diarahkan mengiringi beliau keluar dewan.

Pandikar Amin menggunakan kuasa mengikut Peraturan Mesyuarat 44 (3) selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengemukakan usul penggantungan terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Mac 2018 @ 1:07 PM