SOFI Jikan. FOTO Muhamad Allyme
SOFI Jikan. FOTO Muhamad Allyme
Sudirman Mohd Tahir


“Maafkan saya, no komen,” kata pelakon Sofi Jikan ketika dihubungi Harian Metro selepas dibebaskan dengan jaminan polis apabila reman tiga hari terhadapnya berhubung kes dadah tamat, hari ini.

Tempoh reman tidak disambung terhadap Sofi atau Mohamad Shoffi Jikan, 48, yang keterangannya diambil polis bermula Rabu lalu.

Sofi juga enggan mengulas lanjut mengenai penahanannya.

"Saya penat, no komen," katanya ringkas.

Ditanya mengenai tindakan pelakon Datuk Farid Kamil yang menyebut namanya dalam laporan polis dibuat pada 31 Januari lalu, sekali lagi Sofi tidak mahu memberikan komen.

"Mengenai Farid, no komen. Tidak apa yang saya ingin perkatakan," katanya.

Sofi yang juga pelakon filem KL Gangster disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya serta perintah pengawasan sehingga tiga tahun.

Berita berkaitan

Sofi Jikan bebas dengan jaminan

Harap dua artis beri kerjasama

Dua artis belum muncul

Anda berdua diberi 24 jam!

Artis 90-an rupanya...

Dua lagi dikenal pasti selepas Sofi Jikan

'Kasi sengat' kena reman [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Februari 2018 @ 11:44 AM