Sarah Zulkifli


“Kasi sengat!!! Lu rembat wa, wa rembat lu!” Itulah antara kata-kata pelakon Sofi Jikan selepas beliau dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.

Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini selepas ditahan reman selama tiga hari bermula Rabu lalu untuk membantu siasatan apabila didapati positif dadah jenis ganja.

Ketika diajukan soalan mengenai hubungannya dengan pelakon Datuk Farid Kamil Zahari, Sofi menjawab: “Hanya Tuhan saja yang tahu.”

Pelakon yang popular dengan dialog “Wa Kasi Sengat” dalam filem KL Gangstar itu turut melahirkan rasa syukur dengan dugaan yang menimpanya.

"Ini ujian Allah dan kita semua insan yang lemah... no komen," katanya kepada pemberita di pejabat Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Terdahulu, Sofi tiba menaiki kereta peronda polis (MPV) di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada 10.10 pagi sebelum dibawa ke pejabat Siasatan Jenayah Narkotik IPD Petaling Jaya.

Proses jamin polis tamat pada 11.40 pagi dan beliau diwakili peguan Datuk Hanif Hassan.

Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara, 11 malam Selasa lalu ketika hadir memberi keterangan berhubung dua laporan polis dibuat Farid Kamil, 37, pada 31 Januari lalu.

Dalam laporan polis itu, Farid Kamil mendakwa tiga rakan artisnya dikatakan meletakkan dadah dalam minumannya.

Berita berkaitan

'Saya penat' - Sofi Jikan

Sofi Jikan bebas dengan jaminan

Harap dua artis beri kerjasama

Dua artis belum muncul

Anda berdua diberi 24 jam!

Artis 90-an rupanya...

Dua lagi dikenal pasti selepas Sofi Jikan

'Kasi sengat' kena reman [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Februari 2018 @ 12:13 PM
SOFI Jikan di Pejabat Siasatan Jenayah Narkotik IPD Petaling Jaya. FOTO Syarafiq Abd Samad
SOFI Jikan di Pejabat Siasatan Jenayah Narkotik IPD Petaling Jaya. FOTO Syarafiq Abd Samad
SOFI Jikan di pejabat Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya. FOTO Muhamad Allyme
SOFI Jikan di pejabat Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya. FOTO Muhamad Allyme