FOTO L Manimaran
FOTO L Manimaran
Wan Asrudi Wan Hasan dan Farah Suhaidah Othman


“SAYA dimaklumkan kesemua mangsa adalah tenaga mahir untuk memangkas bunga sengkuang.

“Kerajaan negeri simpati dan meminta ahli keluarga bersabar,” kata ADUN Ayer Kuning Datuk Samsuddin Abu Hassan, ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Tapah, hari ini.

Beliau yang juga Exco Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan, Koperasi, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Masyarakat Perak, berkata lapan penumpang van adalah wanita.

Katanya, mereka dan lelaki iaitu pemandu van bekerja di ladang sengkuang di Malim Nawar, Kampar.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kerajaan negeri RM2,000 selain RM1,000 daripada Ahli Parlimen Tapah, Datuk M Saravanan buat setiap ahli keluarga yang maut dalam nahas itu.

Turut berada di hospital adalah Exco Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Mereka yang terbunuh adalah pemandu van, Lew San Jau, 32.

Selain itu, lapan penumpang wanita, Cheong Ka Yean, 55; Chong Moi, 82; Cheong Moy, 68; Thong For Thye, 52; Wong Yok Yen, 61; Yow Sam Mooi, 67; Tang Kam Siew, 73, dan Liew Siew Fah, 81.

Pemandu lori ais, Mohd Eizat Hani, 22, dilaporkan parah di beberapa anggota badan dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

Berita berkaitan

Sembilan terbunuh di Tapah

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Oktober 2017 @ 3:56 PM