HM Digital


•Perkahwinan Hafiz Hamidun dan usahawan kosmetik, Siti Arifah Mohd Amin atau Joy Revfa bakal berakhir apabila Hafiz memfailkan cerai terhadap isterinya itu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, pada Khamis.

•Joy Revfa tidak mahu meneruskan pernikahan dan sangat lapang hati serta setuju untuk meneruskan permohonan cerai.

•Kecekapan lima anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Kelantan mengejar lori lima tanberjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok.

•Pekerja kedai serbaneka parah akibat dibelasah dalam kejadian samun di Meru Permai, Ipoh awal pagi Khamis.

•Pengurus pembayaran dan pemprosesan syarikat telekomunikasi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan pecah amanah membabitkan kerugian bernilai hampir RM1.3 juta, dua tahun lalu.

•50 penagih ditahan dalam Op Sarang membabitkan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Seberang Perai Utara dan AADK.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Oktober 2017 @ 7:00 PM