KYLIAN Mbappe. FOTO AFP
KYLIAN Mbappe. FOTO AFP
AFP

Paris: Real Madrid dilaporkan bersetuju secara prinsipnya dengan bayaran rekod dunia untuk membeli Kylian Mbappe (gambar) dari AS Monaco dengan harga 180 juta euro (RM898 juta), menamatkan satu daripada kemelut perpindahan terbesar pada musim panas ini.

Akhbar harian Sepanyol, Marca, yang menyebut sumber dekat dengan rundingan itu, menyatakan penyerang remaja berbakat itu dijangka menyertai Real “dalam beberapa hari akan datang” dalam perjanjian enam tahun.

Akhbar Perancis, Le Parisien dan Nice Matin pantas mengumumkan Monaco menafikan laporan itu.

Hanya khabar angin menyelubungi Neymar dan jumlah wang terbabit mampu menyaingi gosip yang dicetus Mbappe dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Neymar, bintang Barcelona berusia 25 tahun dari Brazil, menjadi tumpuan spekulasi mengaitkannya dengan Paris Saint-Germain dengan rekod dunia 222 juta euro (RM1.1 bilion), harga bagi klausa tebus kontraknya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Julai 2017 @ 5:12 AM