ONG Kim Swee (kanan) memberi arahan kepada skuad bawah 22 tahun negara pada sesi latihan. FOTO Osman Adnan
ONG Kim Swee (kanan) memberi arahan kepada skuad bawah 22 tahun negara pada sesi latihan. FOTO Osman Adnan
Aziman Rosdi


Kuala Lumpur: Kelebihan selaku tuan rumah untuk mengatur cara undian acara bola sepak Sukan SEA belum tentu menjamin kejayaan pasukan.

Hakikat itu diakui sendiri pengendali skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Datuk Ong Kim Swee yang menjadikan dua tuan rumah temasya Sukan SEA sebelum ini, Myanmar dan Singapura sebagai contoh apabila mereka gagal melangkah jauh.

“Saya difahamkan undian belum ditentukan dari segi peraturan. Pengalaman saya dengan tiga Sukan SEA sebelum ini, setiap kali undian bola sepak, ia pasti menjadi isu utama. Saya tak nampak itu akan mendatangkan masalah sama ada kepada pasukan kita mahupun pasukan lain.

“Kita bukan melakukan undian yang berat sebelah, kita tahu dua Sukan SEA terdahulu, walaupun undian berbeza kita boleh katakan memihak kepada pasukan tuan rumah tetapi kedua-dua pasukan berkenaan tidak layak ke separuh akhir,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan Setiausaha Agung Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) Datuk Seri Azzuddin Ahmad mendedahkan pihaknya sudah menerima surat bantahan rasmi daripada Vietnam dan Laos berhubung cara undian acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos depan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Julai 2017 @ 6:11 AM