ONG Kim Swee (kanan) pada sesi latihan Skuad Projek Sukan SEA di padang Wisma FAM. FOTO Osman Adnan
ONG Kim Swee (kanan) pada sesi latihan Skuad Projek Sukan SEA di padang Wisma FAM. FOTO Osman Adnan
Aziman Rosdi


Kuala Lumpur: Melihat kepada situasi yang berlaku ketika ini, jurulatih skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Datuk Ong Kim Swee membayangkan kemungkinan beliau bakal berdepan masalah sama dalam mempersiapkan pasukan mengharungi Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur Ogos depan.

Pengendali berusia 46 tahun itu kini berdepan kesukaran untuk mendapatkan pemain untuk beraksi di saingan kelayakan Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok pada 19-23 Julai ini.

Dan masalah itu dijangka boleh melarat ke Sukan SEA memandangkan saingan Liga Malaysia (Liga-M) masih rancak pada Ogos.

“Kalau kita lihat jadual Ogos sebelum Sukan SEA, jadual liga akan berakhir hanya pada 9 Ogos, acara bola sepak Sukan SEA pula akan bermula pada 14 atau 15 Ogos.

“Adakah jurang masa itu cukup untuk pemain bersama, saya nampak senario sama akan berlaku jika pemain tak dilepaskan,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Julai 2017 @ 5:45 AM