KAKITANGAN Hospital Jempol mengusung jenazah Osman Mohamed Taib, 31 untuk dibawa pulang bagi urusan pengebumian. FOTO Iqmal Haqim Rosman
KAKITANGAN Hospital Jempol mengusung jenazah Osman Mohamed Taib, 31 untuk dibawa pulang bagi urusan pengebumian. FOTO Iqmal Haqim Rosman
BERNAMA

JENAZAH suami isteri, Osman Mohamed Taip, 31, dan Rosniza Othman, 32, yang terlibat dalam nahas meragut lapan nyawa di Kilometer 25 Jalan Bahau-Keratong, dituntut anggota keluarga masing-masing, hari ini.

Osman akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Merab Luar, Bangi, Selangor manakala isterinya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Endau Rompin.

Kedua-dua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Jempol.

Bagaimanapun, menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Noorzainy Mohd Noor, anak tunggal kedua-dua pasangan Muhammad Alifthaqif Osman, 3, kini masih mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Pilah.

Dalam kejadian 2.20 petang semalam, lapan maut dengan enam daripadanya rentung manakala seorang cedera dalam kemalangan membabit dua kereta, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan treler di Jempol.

Mereka yang maut ialah enam sekeluarga yang menaiki Proton Exora iaitu pemandu kenderaan berkenaan Wan Mohd Fauzi Wan Mohd Ibrahim, 52, dan isteri Masnoraida M Yussof, 44.

Turut terkorban empat anak mereka iaitu W Muhammad Muhaimmin, 21; Wan Athira, 18; Wan Mohd Ammar Haziq, 13; dan Wan Nur Aiesya, 7.

Kesemua pemandu dan penumpang Proton Exora rentung dalam kejadian itu.

Berita berkaitan:

Facebook pembawa berita duka

[UPDATE] Kebumi dalam satu liang lahad

Suasana pilu di bilik mayat Hospital Jempol

Pemandu treler direman

[UPDATE] 'Semua ahli keluarga saya sudah tiada...'

'[UPDATE] 'Api marak, betul-betul bawah treler...'

[UPDATE] Seorang lagi ditemui rentung, 8 maut [METROTV]

7 maut, 5 daripadanya rentung

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Jun 2017 @ 3:33 PM