VIDEO muzik Wany lagu Menahan Rindu di laman YouTube cecah 14 juta tontonan.
VIDEO muzik Wany lagu Menahan Rindu di laman YouTube cecah 14 juta tontonan.
Norhayati Nordin


Kembara seninya baru bermula, malah masih boleh dilabel ‘terlalu hijau’ buat Wany Hasrita 25. Namun begitu, urusan rezeki milik Yang Maha Esa. Dengan sekelip mata, siapa sangka kini Wany semakin popular.

Jalan dilalui Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah tidaklah berliku sebagaimana segelintir penyanyi lain.

Hanya bersandarkan satu single, Menahan Rindu, bakat nyanyian Wany menyerlah dan diterima baik peminat.

Hingga kini, video muzik lagu Menahan Rindu yang dimuat naik di laman Youtube sudah mencecah 14 juta tontonan.

Malah kesinambungan populariti dan kejayaan Wani diteruskan pula dengan lagu duet barunya, Di Sana Cinta Di Sini Rindu dinyanyikan bersama Tajul.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Mei 2017 @ 1:40 AM