Atlet floorball, NurFarah Syahira Md Yusof menjalani rutin latihannya di tempat letak kereta di apartmen keluarganya. Farah yang juga seorang ‘Master Trainer’ Kecergasan di pusat kecergasan menjadikan ruang yang selamat dan sesuai untuk menjalankan latihan fizikal bagi mengekalkan tahap kecergasan sepanjang PKP dan PKPB. FOTO Osman Adnan

Pelumba MotoGP, Hafiz Syahrin Abdullah bermain permainan video dalam talian sejak pelaksanaan PKP. Selain itu, Hafiz juga membuat latihan simulator berbasikal dan senaman fizikal dalam usaha mengekalkan kecergasan. FOTO Osman Adnan

ALIFHAIQAL bermain papan seluncur di taman berdekatan KLCC dalam tempoh PKPB apabila beberapa syarat dilonggarkan termasuk aktiviti riadah atau sukan dibenarkan secara tidak berkumpulan selain SOP lain ditetapkan. FOTO Osman Adnan

GIMNAS negara, Farah Ann Abdul Hadi menjalani latihan ringan di pekarangan rumahnya selepas semua aktiviti dan latihan atlet Malaysia digantung buat sementara waktu susulan pelaksanaan Perintah PKP. FOTO Osman Adnan

ATLET lawan pedang, Joshua Koh (kiri ) bersama abangnya menjalani latihan di rumah  susulan PKPB dikuatkuasakan oleh kerajaan. Sepanjang dalam tempoh PKP sebelum ini, Joshua hanya berlatih di ruang kawasan rumahnya. FOTO Osman Adnan

PEMAIN bola keranjang para negara, Luke Chua menjalani latihan secara persendirian di rumahnya sepanjang tempoh PKP dikuatkuasakan memandangkan pusat latihan MSN ditutup. FOTO Osman Adnan
PEMAIN bola keranjang para negara, Luke Chua menjalani latihan secara persendirian di rumahnya sepanjang tempoh PKP dikuatkuasakan memandangkan pusat latihan MSN ditutup. FOTO Osman Adnan
BEKAS atlet karate, R Puvaneswaran (kanan) berlatih bersama anak-anaknya Shrivars (dua kiri) , Rohitt (dua kanan) dan Geervan , di rumah ketika PKPB. FOTO Osman Adnan
BEKAS atlet karate, R Puvaneswaran (kanan) berlatih bersama anak-anaknya Shrivars (dua kiri) , Rohitt (dua kanan) dan Geervan , di rumah ketika PKPB. FOTO Osman Adnan
ATLET trek berbasikal, Muhammad Fadhil Mohd Zonis menjalani latihan secara persendirian di rumahnya sepanjang tempoh PKP dan PKPB. FOTO Osman Adnan
ATLET trek berbasikal, Muhammad Fadhil Mohd Zonis menjalani latihan secara persendirian di rumahnya sepanjang tempoh PKP dan PKPB. FOTO Osman Adnan
PENERJUN negara, Leong Mun Yee menjalani latihan renangan bagi mengekalkan kecergasan dalam kolam mini mudah alih di rumah keluarganya berdasarkan pogram yang dibekalkan oleh jurulatih. Selain senaman fizikal, latihan renangan adalah satu senaman cardio. FOTO Osman Adnan

PELUMBA MotoGP Hafiz Syahrin menjalani latihan berbasikal secara simulator menggunakan ‘smart trainer’ bagi mengekalkan kecergasan sejak pelaksanaan PKP dan PKPB. Memandangkan semua perlumbaan masih digantung buat sementara waktu, Hafiz menyusun jadual hariannya dengan latihan fizikal yang lain selain berbasikal.  FOTO Osman Adnan

Osman Adnan

PELBAGAI alternatif digunakan atlet, jurulatih mahupun penggemar sukan di Malaysia dalam memastikan mereka dapat mengekalkan kecergasan fizikal dan mental sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan, memandangkan pusat sukan, pusat akuatik, gimnasium dan asrama di bawah kelolaan Majlis Sukan Negara (MSN) dan swasta ditutup untuk sebarang aktiviti dalam usaha kerajaan membendung wabak Covid-19.

Lantaran itu, ada yang menjadikan dinding balkoni rumah sebagai sasaran lontaran, berenang dalam kolam mini mudah alih untuk senaman cardio, laman rumah ruang untuk gerakan gimnas dan sudut kecil di rumah dijadikan 'Pain Cave' untuk senaman 'Free weight' selain berbasikal secara simulator di sudut kecil sebelah dapur.

Tempat letak kereta turut digunakan untuk bersenam dan laman rumah untuk bermain lawan pedang selain ahli keluarga dijadikan rakan sepelatih,

Ketika pelaksanaan PKPB, sedikit kelonggaran diberikan oleh kerajaan di mana beberapa aktiviti dibenarkan seperti sukan berindividu dan tempat bersukan atau riadah dibuka. Ia satu kegembiraan buat penggemar sukan papan seluncur yang dapat bermain di tempat-tempat khas dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Adaptasi 'normal baharu' sejak pandemik Covid-19 ini turut mendorong atlet untuk mencuba sesuatu yang baharu seperti bermain permainan video dalam talian bagi mengisi masa yang terluang selain menjalani rutin harian dengan pogram latihan.

Spektrum kali ini memaparkan latihan penerjun negara, Leong Mun Yee; atlet trek berbasikal, Muhammad Fadhil Mohd Zonis; bekas atlet Karate , R Puvaneswaran; pemain bola keranjang para negara, Luke Chua; atlet lawan pedang, Joshua Koh; gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi; atlet floor ball, NurFarah Syahira Md Yusof; pemain papan seluncur, Afiqhaiqal; dan pelumba MotoGP, Pelumba MotoGP, Hafiz Syahrin Abdullah Abdullah ketika tempoh PKP dan PKPB.

Leong Mun Yee

FOTO Osman Adnan
FOTO Osman Adnan

Penerjun negara, Leong Mun Yee menjalani latihan renangan bagi mengekalkan kecergasan dalam kolam mini mudah alih di rumah keluarganya. Mun Yee yang sudah layak ke Sukan Olimpik Tokyo melakukan latihan secara persendirian sepanjang tempoh PKP berdasarkan pogram dibekalkan oleh jurulatihnya memandangkan pusat sukan dan asrama MSN termasuk pusat akuatik ditutup untuk sebarang aktiviti. Menurut Mun Yee, selain senaman fizikal, latihan renangan adalah satu senaman cardio.

Muhammad Fadhil Mohd Zonis

FOTO Osman Adnan
FOTO Osman Adnan

Atlet trek berbasikal, Muhammad Fadhil Mohd Zonis menjalani latihan secara persendirian di rumahnya sepanjang tempoh PKP. Fadhil adalah seorang daripada atlet elit trek berbasikal bersama rakan sepasukan Azizulhasni Awang, Shah Firdaus yang menjalani latihan berpusat di Melbourne, Australia. Fadhil berjaya memecahkan rekod kebangsaan bagi acara ujian masa 1KM yang berusia 11 tahun ketika bersaing pada kejohanan dunia Berbasikal di Berlin baru-baru ini sebelum berlakunya pandemik Covid-19 seluruh dunia.

R Puvaneswaran

FOTO Osman Adnan
FOTO Osman Adnan

Bekas atlet karate , R Puvaneswaran yang bertugas sebagai jurulatih karate untuk Skuad Thailand sejak 2017 hingga 2019, kini menjadi jurulatih untuk kelab karate tempatan. Sepanjang tempoh PKP dan PKPB dilaksanakan, Puvaneswaran melakukan latihan di rumah bersama anak-anaknya memandangkan pusat latihan ditutup untuk sebarang aktiviti. Puvaneswaran adalah pemenang pingat emas Sukan Asia untuk dua edisi.

Luke Chua

FOTO Osman Adnan
FOTO Osman Adnan

Pemain bola keranjang para negara, Luke Chua Tze Kah menjalani latihan di rumahnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan memandangkan pusat latihan MSN ditutup. Sebagai atlet negara beliau perlu menjalani latihan secara persendirian bagi mengekalkan kecergasan berdasarkan pogram-pogram yang diberikan oleh jurulatihnya.

Joshua Koh

FOTO Osman Adnan
FOTO Osman Adnan

Atlet lawan pedang, Joshua Koh I Jie juga hanya berlatih di ruang kawasan rumahnya sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Joshua baru pulang ke Malaysia selepas berlatih di Itali selain menyertai satu kejohanan lawan pedang di Budapest, Hungary dalam usaha untuk layak ke Olimpik.

Farah Ann Abdul Hadi

FOTO Osman Adnan
FOTO Osman Adnan

Gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi menjalani latihan ringan di pekarangan rumahnya selepas semua aktiviti dan latihan atlet Malaysia telah digantung buat sementara waktu susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha kerajaan menbendung penularan wabak Covid19. Farah antara atlet Malaysia yang telah layak bertanding di Olimpik Tokyo.

Nur Farah Syahira Md Yusof

FOTO Osman Adnan
FOTO Osman Adnan

Atlet floor ball, Nur Farah Syahira Md Yusof menjalani rutin latihannya di tempat letak kereta di apartmen keluarganya. Farah yang juga seorang 'Master Trainer' Kecergasan di salah pusat kecergasan menjadikan ruang-ruang yang selamat dan sesuai dalam kawasan apartmen tersebut untuk menjalankan latihan fizikal bagi mengekalkan tahap kecergasan.

Alifhaiqal

FOTO Osman Adnan
FOTO Osman Adnan

Alifhaiqal bermain papan seluncur di taman berdekatan KLCC ketika PKPB dikuat kuasakan oleh kerajaan dalam usaha membendung penularan wabak Covid19. Dalam tempoh PKPB, beberapa syarat dilonggarkan termasuk aktiviti riadah atau sukan dibenarkan tidak secara berkumpulan selain mematuhi SOP yang ditetapkan berbanding PKP di mana semua aktiviti luar adalah dilarang.

Hafiz Syahrin Abdullah

FOTO Osman Adnan
FOTO Osman Adnan

Pelumba MotoGP, Hafiz Syahrin Abdullah menjalani latihan secara simulator menggunakan "smart trainer" bagi mengekalkan kecergasan sejak perlaksanaan PKP dan PKPB. Memandangkan semua perlumbaan masih digantung buat sementara waktu, Hafiz menyusun jadual hariannya dengan latihan fizikal yang lain selain berbasikal.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mei 2020 @ 6:47 PM